BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Sunday 30 October 2011

Berdating Pukul 3 pagi


Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah SWT jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah SWT dan ada waktu malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah SWT. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah SWT.
Berkata Fudhail bin Al-Iyadh: "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata: "Jikalau tidaklah kerana malam, nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah SWT memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggalkan keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba.
Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wuduk dan berdiri serta sujud kepada Allah SWT. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah SWT menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah SWT kepada kita, namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia dari melakukannya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah SWT, nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk, nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat, nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian, nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah SWT. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."
Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.

Thursday 27 October 2011

Jom mengamalkan sunnah Nabi SAW

Tuesday 25 October 2011

dimana kita semua sekarang dan lepas ini ke manakah akan kita tujui

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah S.W.T.


Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu daripada nabi SAW telah bersabda:

7 golongan manusia yang akan berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yg tidak ada naungan kecuali naunganNya.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.

Hari akhirat pasti berlaku.. alam semesta akan kiamat kerana pasti Allah akan hancurkan. Selepas itu malaikat diperintahkan meniup sangkakala , manusia yang hancur lebur akan dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang, menuju ke padang mahsyar untuk menunggu hisab dalam keadaan berpeluh , tenggelam mereka ada paras  tumit, ada paras lutut, paras pinggang, dada, tengkuk dan ada yang tenggelam berenang di bawah panas terik matahari.Sangat lama.

Pada hari yang dahsyat ini 7 orang yang disebutkan di atas akan berada di bawah naungan Allah SWT.

Semuanya dihuraikan dalam you tube di bawah..

Tuesday 18 October 2011

Ceramah Perdana Oleh Imam Muda Asyraf

................................................

Badge untuk Ceramah Perdana
Oleh Imam Muda Asyraf
(20/10/2011)
.................................................


..........................................................................................

Warga Kolej Kediaman Kinabalu
&
Seluruh warga
Universiti Malaya
Bersama kita mengimarahkannya.



Ada Jawapan daripada Nya

...............................
Assalammualaikum
................................................
...............................................................
Ada 1 Kisah.
................................
antara seorang paderi & seorang ustaz
sedang berbual disebuah warung
apabila seorang paderi & ustaz bertemu
tidak lain tidak bukan
mestilah persoalan agama akan dibincangkan
Jom kita ikuti perbualn mereka
Eksklusif:

PADERI:
Ustaz, anda semestinya seorang yang berilmu tinggi
aku mahu menyoal kamu sesuatu perkara
yang aku fikir
persoalan ini juga menjadi psoalan yang amat besar di kalangan
penganut agama aku

USTAZ:
Dengan izin Tuhanku Allah, mudah-mudahan
aku dapat menjawab persoalanmu itu

PADERI:
Kamu menyembah Kotak Hitam (Kaabah)
yang aku tahu agamamu menganggap ia sebagai kiblat
& amat tinggi tempatnya disisi agama kamu
Namun tidak terfikirkah kamu
Kotak Hitam yang kamu sembah itu hanyalah sekadar
batu-batuan yang tidak mempunyai fungsi langsung
sama seperti kamu menyembah kepada sesuatu yang tiada

.................................................................
Ustaz terdiam sejenak memikirkan soalan paderi itu tadi
Manakala Paderi itu tadi mula merasakan bahawa
ustaz itu tadi tidak akan dapat menjawab soalannya tadi
"Yes, aku memang bijak"
Dengan kuasa Allah,
tiba-tiba telefon bimbit paderi itu tadi berdering
Dia menjawab panggilan tersebut
selama beberapa minit dia berbual dengan seseorang dalam talian tersebut
Selang beberapa minit
dia mematikan talian tersebut
dengan tidak semena-semena secara tiba-tiba
ustaz tersebut tergelak besar
paderi itu pun kehairanan
................................................................................

PADERI:
Wahai ustaz, kenapa kau mentertawakan aku?

USTAZ:
Siapakah orang yang menghubungi kau tadi?

PADERI:
Ibuku yang berada dikampung

.........................................................................
Ustaz tersebut secara tiba-tiba mengambil telefon bimbit paderi tersebut
lalu menghentak-hentakkannya
sehinggalah rosak & tidak menyerupai bentuk asal
Paderi yang kebingungan 
dengan rasa hairan dan marah yang teramat sekali
mengherdik ustaz tersebut
................................................................................

PADERI:
Celaka kau ustaz!
kenapakah kau menghancurkan telefon bimbit aku secara tiba-tiba?

USTAZ:
Paderi yang bijaksana
telefon bimbit ini sudah rosak
semestinya kau tidak dapat menghubungi ibumu lagi
kau tentu tahu sekiranya kau buka telefon bimbit ini
isinya pasti hanya akan ada wayar elektronik sahaja
ibumu?
tidak ada didalamnya
>
samalah seperti Kaabah yang kau gelar Kotak Hitam itu
didalamnya tidak ada apa-apa
Tuhan yang kami sembah juga tidak ada disana
namun
Kaabah itu seperti telefon bimbit
kami berhubung dengan Tuhan kami 
dengan perantaraan Kaabah
Kaabah lah tempat kami mendekatkan diri kami kepada Tuhan kami
kerana kami yakin Tuhan kami akan mendengar setiap 
keluhan kami dimana sahaja kami berada
namun..
Fahamilah,
Kaabah adalah perantara antara kami dan Tuhan kami, Allah berhubung
sama seperti
Telefon bimbit perantara anda dan ibu anda berhubung

PADERI:
???????

..................................................................................
Setiap apa yang dipersoalkan dimuka bumi ini..
Allah pasti ada jawapannya..
Percayalah..
Allah tidak akan membiarkan hambanya yang beriman
tenggelam dalam kehancuran & pembohongan
Cuma..
iman, hati & aqal hambaNya menjadi senjata kepada setiap persoalan..
& persoalan itu..
 Allah pasti ada jawapan Nya.

Wallahu'alam






Sunday 16 October 2011

Ceramah Perdana

Assalamualaikum

InsyaALLAH pada minggu ini

Balai Islam kk8 akan mengadakan satu ceramah perdana seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20/10/2011 (Khamis)
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Dewan Sri Mutiara
Tajuk Ceramah : Mahasiswa Bermotivasi Generasi Berinovasi

Ceramah ini akan disampaikan oleh Juara Imam Muda Musim pertama

Iaitu Imam Muda Asyraf



SEMUA HADIRIN DIJEMPUT HADIR!!

REBUT PELUANG KEEMASAN INI

(Mata merit akan diberikan kpd yang hadir)

~Semoga Allah Memberkati majlis ini~
Ameen..