BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Thursday 24 November 2011

Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan

Seorang pakar ilmu jiwa berbangsa Amerika(Dr.Sicks) mengatakan,bahawa kehidupan yang bahagia itu adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah,iaitu:

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai.Apabila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperoleh,maka penuhilah hobi anda pada waktu-waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan tubuh anda,kerana sesungguhnya kesihatan itu adalah roh kebahagiaan,iaitu dengan mengatur makan dan minum tanpa berlebihan,membiasakan bersukan dan menjauhi kebiasaan buruk,baik ia merugikan atau tidak.

3. Hendaklah anda memiliki tujuan dalam hidup,kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.

4. Menjalani kehidupan dan menerimanya sebagaimana adanya (redha) baik yang manis mahupun yang pahit,dengan hati yang lapang.

5.  Hayatilah hidup yang sedang anda jalani sekarang,jangan menyesali perkara yang sudah berlalu,dan jangan pula menyusahkan diri dengan memikirkan hari esok yang masih belum tiba.

6.  Hendaklah anda sentiasa berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7.  Senantiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8.  Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman,berjiwa periang,dan berteman dengan orang-orang yang optimis.

9.  Membantu orang dalam kebahagiaan agar anda memperolehi semerbaknya kebahagiaan daripadanya.

10. Gunakanlah pelbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.





Sumber: Buku "Anda Boleh Menjadi Wanita Paling Bahagia" oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

0 comments:

Post a Comment