BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Saturday 10 December 2011

SIRAH NABAWIYYAH: SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:
Pertama: Kitabullah (AI-Qur'an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam al-Qur'an
melalui salah satu aliran berikut:
a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang
diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab .Juga seperti kisah
perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.
Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi
penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa
kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat
Islam terhadap sesuatu iktibar. Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubung
kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi
Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspekaspek
penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan
dengannya.
Sebenarnya pendedahan Al-Qur'an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas
dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu
sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan
secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan
dan aliran Al-Qur'an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya' yang
terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith-hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksud-kan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab
Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta' oleh
Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu
mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat-nya kerana beberapa
sebab:
a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah ataupun
mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari'at Islam maka hadith-hadith yang
menceritakan tentang penghidupan RasuluL-lah berselerak dan berkecamuk dalam maudu'-
maudu' fiqah.
b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak
memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup
RasuluLlah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu' atau tajuk-tajuk
fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhamrnad RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam di zaman silam
adalah melalui dari mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun
terdapat sebilangan kedl yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan
peristiwa-peristiwa dalam sejarahnya itu. Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang
cuba mencatit riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke
pengetahuannya antara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin 'Othman
(wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarbabil bin Sa'd (wafat. 123H) dan Ibnu
"Syibab Al Zuhri (wafat,124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian
yang tercerai, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabari manakala sebahagian yang lain pula
tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah
sebahagian dari tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudian timbul pula satu angkatan
penyusun riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka
ialah Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al
Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa'ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-
Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq
merupakan satu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi
Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di
zaman itu. Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang
lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah
menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah Sallalahu 'alaihi Wasallam dengan
cara yang menarik sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah
kandungan "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:
"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah daripada Kitab "Al
Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa
pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah Ibnu
Hisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha
mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, terdapat
antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi
Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut- sudut hidup Baginda
yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dala'il Al Nu-buwwah" dan "Tanda-tanda
Kenabian". Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang
tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya "Zad Al Ma'ad".

Dipetik dari kitab Al Raheeq Al Makhtum karangan Syeikh Safiy al-Rahman bin Abdullah bin Muhammad Akbar al-Mubarakfuri al-A’zhamiy.

0 comments:

Post a Comment