BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Sunday 11 December 2011

SIRAH NABAWIYYAH : RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM

Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi
Wasallam dan Semenan-jung 'Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada
baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari
bumi ini dan bangsa 'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa
'Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi
(geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsabangsa
yang hidup sezaman de-ngannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat
resam, tatasusila dan keistimewaan tamaddun mereka.
Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar
tanah 'Arab sebelum Islam: Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh
dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan
India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak.
Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang
mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibu nya, anak perempuannya
atau adik dan saudara perempuannya.
Empayar Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin
dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun
telahpun terpesong dari garis-garis yang bersifat kemanusiaan. Mengikut apa yang ditegaskan
oleh Al Imam Al Shahras-tani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal, terdapat
antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya.
Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita
dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di
mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan
yang begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluan demikian.
Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan
bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. la
bergantung penuh kepada kekuatan angkatan ten-teranya dan cita-cita penjajahannya yang
berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan
dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.
Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dari negara Parsi, yang hidup
dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan
terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala
yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang
faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor
Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara
mengatakan yang India di permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah
kemeroosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan
saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini ke lembah
kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun yang berasaskan kepada mata
benda (material) semata-mata. Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh ma'nawi dan
akhlak yang sempuma sebagai landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan
kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dari satu jalan
semata-mata iaitu satujalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan
fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayatii
maka tamaddun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir
ke tasik kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang
waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi merupakan jalanjalan
yang indah serta mudah pula menuju ke arah kesenangan dalam semua corak dan aspek
hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.
Semenanjung 'Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari
gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pemah merasai kemewahan dan
kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan
akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka
menjajah negara-negara di sekitamya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang
beranika ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada
dongengan dan khurafat.
Tabi'at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu "bahan yang mentah" yang belum pernah
dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar
penghidupan rnereka seorang manusia semulajadi yang bersih rnempunyai kemahuan yang
kuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji yang rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah,
suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang
dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang
gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang
sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah,
membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama
sendiri dengan tujuan mempertahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Qur'an:
Yang bermaksud;
"Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dan golongan orang-orang yang telah sesat".
(Al-Baqarah Ayat 198)
Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke
atas mereka.
Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan
mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang
sedemikian. Di samping semuanya ini, Semenanjung 'Arab di segi kedudukan muka buminya
pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di
sekelilingnya.
Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan
katanya:
'"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa 'Arab akan dapat melihat
bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang
melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba
mendapatkan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan
tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian
dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan
sebagainya."
Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa 'Arab dan semenanjungnya sebelum
Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita
menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di
Semenanjung 'Arab itu dan bangsa 'Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis
jalan-jalan ke arah penyebaran obor seruan da'wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat
manusia di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-se-tengah golongan yang mengatakan
bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan
sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini ta'sub (fanatik) dan membanggakan keburukan,
kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan
mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih
mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula
membanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun kerana mereka langsung tidak
mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan
kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi, kerana penganalisaan yang
seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga yang terbatas
sahaja, memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.
Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da'wah Islamiyyah di mana-mana bahagian di
Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula Allah akan
menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya da'wahnya seperti mana yang
berlaku di Semenanjung 'Arab. Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu
Wata'alah Pencipta 'alam semesta. Namun hikmah Allah memilih Semenanjung 'Arab dan
Rasul utusan itu tadi (seorang yang buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis seperti
mana yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia seluruhnya tidak merasa
syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.
Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat Rasulullah
diutuskan di mana di dalamnya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika
dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum
pernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang
berserabut.
Di antara hikmat Ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah
Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama
yang mengandungi sejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan
juga sangkaan buruk terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan
umat manusia yang bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau
Romawi. Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu
dari siri tamaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas
dengan perundangan yang lengkap. Hikmah-hikmah Ilahi ini telahpun diterangkan dengan
tegas danjelasnya dalam Al-Qur'an:
Yang bermaksud:
"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada
kalangan mereka (untuk) menyampaikan kepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan
mereka daripada syirik dan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya
mereka itu dahulunya dalam kesesatan yang amat sangat. "
(Al-Jumu'ah 62 : 2)
Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitu juga bangsa yang akan
timbul Rasul di ka-langannya juga satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat
keNabian dan syari'at Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan
manusia lain yang beranika corak.
Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjadikan Baitui Haram itu
tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang
pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya
lembah Makkah ini telah menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya' iaitu
Sayyidina Ibrahim 'Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang mulia
ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu| agama Nabi Ibrahim dan juga
tempat pengutusan Nabi yang terakhir .
2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung 'Arab ini telah dipilih untuk bebanan
tanggungjawab da'wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah-tengah
berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran da'wah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa
dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini temyati sekali bila kita mengkaji
semula perjalanan da'wah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa al-
Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.
3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa 'Arab itu sebagai media da'wah
Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakap-an atau
kalam Allah 'Azza wa jalla untuk disampaikan kepada kita.
Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu
perbandingan dengan bahasa 'Arab maka dengan jelas kita dapati yang bahasa 'Arab
mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah
layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana
mereka berada.

Dipetik dari kitab Al Raheeq Al Makhtum karangan Syeikh Safiy Al-Rahman Bin Abdullah Bin Muhammad Akbar Al-Mubarakfuri Al-A'zhamiy.    

0 comments:

Post a Comment