BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Monday 12 December 2011

Tazkirah ::...BUAT KITA YANG LUPA.. ::



Fikirkan... kita boleh mengubahnya bersama..

Peliknya.... Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. 
Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi.
Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh bertahajjud 2 rakaat, di waktu sahur cukup menyeksakan baginya..

Peliknya.... menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis. Namun, berapa sangat manusia yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa? Berapa sangat insan yang menangisi kematian seorang ulama dan solehin?

AF.. katakan tak nak pada AF. Peliknya.... sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya.... gembira dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih sekali dia apabila anaknya tak dapat masuk Akademi Fantasia atau Malaysian Idol dan sebagainya. Namun, tak ramai ibu bapa yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran, resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya.... sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan... Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan... Sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari kalangan manusia, mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya.... setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran, tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok diamalkan... mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.

Peliknya.... setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka, pada hari sambutan tahun baru jam 12malam mereka akan bersorak beramai-ramai.. Tak kira perempuan ke lelaki ke, detik saat jam 12tenhah malam, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. Sedihnya... tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya.... setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan sahabatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan....


0 comments:

Post a Comment