BALAI ISLAM KINABALU

UNIVERSITI MALAYA 2011/2012

Monday 12 December 2011

Tazkirah untuk diri ini dan sahabat-sahabat

Janganlah kita ujub dan takabbur dengan kebaikan jiwa, malah usahlah merasa megah dengan banyaknya amal ibadah yang dilakukan oleh kita.

Sebagaimana dalam hadis Rasulullah:
" Tiga hal yang membinasakan : Kekikiran yang diperturutkan, hawa nafsu yang dibebaskan dan kekaguman seseorang terhadap dirinya sendiri."[Hadis Riwayat Thabrani]

Orang yang ikhlas hanya berdiam sahaja dalam melakukan amal ibadahnya, malah sentiasa merasakan amal ibadahnya sedikit walhal orang yang tidak ikhlas selalu menunjukkan kebaikannya, malah merasakan semakin banyak amal ibadahnya.

Didikkanlah hati, latihkanlah jiwa, agar setiap kebaikan dan amal ibadah yang dilakukan, usahlah ia dikenangkan kerana ia belum tentu diterima Tuhan. Semoga dengan keadaan sedemikian, keikhlasan masih kekal tersimpan dan amalan itu mendapat keredhaan Tuhan..

Janganlah jadikan diri kita termasuk dikalangan orang yang rugi di akhirat kelak, semata-mata untuk mendapat pandangan dan pemerhatian manusia dengan kebaikan dan kebajikan kita. Di sangka dapat 'menuai hasil' yang banyak di akhirat sana, namun rupa-rupanya mendapat ganjaran sedikit sahaja dariNya, malah teramat rugi bila tiada apa-apa yang diterima.

Biarlah diri tidak dikenali oleh penduduk bumi, asalkan nama kita disebut-sebut oleh penghuni langit Ilahi..


0 comments:

Post a Comment